Friday, December 3, 2010

Cara memotong kuku mengikut sunnah



Sekadar sedikit ilmu yang hendak dikongsi bersama. Seperti yang kita tahu, memotong kuku adalah sunnah nabi. Dan sesiapa yang memotong kuku pada hari-hari tertentu akan memperoleh khasiat dan pahala terutamanya pada hari jumaat. Tetapi bagaimanakah cara memotong kuku yang betul mengikut sunnah nabi?

Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul

Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)

Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku

Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.

RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.

Sekadar untuk berkongsi bersama. Manalah tahu ada yang terlupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sebenarnya aku sendiri sudah lupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sesuka hati je potong sebelum nie. Baru hari ini tergerak kembali nak potong kembali dengan cara yang betul.

Tapi kalo nak diikutkan, nak potong cara biasa pon boleh sebenarnya. Cuma rugilah sebab tak dapat pahala. Jadi alang-alang potong, biarlah dapat bonus sekali. Hehe..

Segala yang baik dari Allah S.W.T. Amin.


Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) bersabda: "Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat."





REMINDER  "aku just copy paste orang punya.. sumber ni tak dapat nak disahihkan, just want to share ja"

Wednesday, October 20, 2010

Cahaya solat 3

Cuba perhatikan akan keelokan taman, di mana ia terus manerus bertiup bercabang menuju Allah. Dalam bentuk rukuk dan sujud hingga pada tingkatan menjadi jelas yang memberi isyarat dengan dedaunan kesenangan di cakerawala dan menyalakan pelita; sebagai perayaan dengan tercurahnya jeram keindahan yang murni pada dahan pohon yang sujud. Dan membuka kuntum bunga dengan penuh khidmat hingga menjadi kembang dan baunya yang ditiup angin... Tiba-tiba musim semi tiba yang semerbak harumnya di seluruh penjuru hingga rasa haus jiwa yang bersedih dari waktu senggang menjadi segar, begitu juga halnya dengan sumber kesenangan yang murni; bergembira penuh yang tidak akan pernah merasakan haus sesudahnya...

Kemudian memberi ucapan salam yang paling lembut sebagai petanda panggilan:

Keselamatan atas kamu; rahmat dan keampunan Allah.

Engkau pun kembali ke tanah dalam keadaan bersih, harum, dan mampu membakar badai kegelapan kerana di tengah sayapmu masih terdapat cahaya yang luhur. Tidak akan pernah padam terus dipasang minyaknya dari lampu Allah. Pada setiap kedudukan baru dari kedudukan yang lima di setiap putaran cahaya bintang.

Kalau begitu apakah engkau ingin menyalakan cahaya pagi di antara tulang rusukmu? Sehingga engkau terbebas dari belenggu tanah, terbang dengan sayap malaikat ke langit jiwa, di mana debu kesturi dan pasir minyak wangi “anbar” menumbuhkan rerumputan darat yang berbunga dan bercahaya hingga membanjiri lubuk hati dengan bau harum perdamaian.

Maka berhembuslah wahai angin menuju puncak bukit yang menggembirakan penuh keindahan...

Solat... adalah senaman yang satu-satunya komplit, mampu menggugah kerinduanmu terhadap kerajaan besar Allah serta memperkuat jantungmu menuju jalan kesenangan yang berbinar-binar...

Maka dedaunan yang ada di tanganmu wahai lelaki merupakan hujan rintik-rintik dari telaga solat yang berlimpah-limpah dengan rasa menyelimuti kesegaran dan kelazatan yang diperolehi.

Dari itu penuhilah gelasmu dengan seruan yang indah... lalu rasakan!

bersambung... insya-Allah.

Saturday, October 16, 2010

Cahaya solat 2

Suatu ketika datang kepadaku seorang yang bermuka masam, sedih hati, lagi terluka badan sambil berkata: Saya ini telah keracunan ubat, hingga jalanku membongkok... Sungguh aku merasa kebingungan mencari orang bijak pemberi nasihat, bosan dari pesanan resipi farmasi; hingga aku berazam dalam hati untuk tidak lagi mengetuk pintu doktor atau tabib... Telah jadi bertentangan bagiku semua nasihat dan ucapan tidak ada lagi gunanya... Rasa sakit berganda dan cubaan semakin bertambah; mungkin kerana banyak kerosakan dan gelap gelita, atau mungkin kerana kebodohanku terhadap tabiat keadaan! Hingga semakin gawat penyakitku, hampir putus asa dari ubat... Dan hari ini aku ketuk pintumu –tuan– kerana penyakit, dan kalau bukan kerana cahaya kilat dari sinar Nabi s.a.w. nescaya aku tidak akan ketuk.

Ini kerana saya memiliki penyakit tidak dapat tidur sama sekali. Aku baca dalam cerita cahaya berupa pengarahan Nabi s.a.w. mengatakan: “Berubatlah kamu... kerana Allah tidak meletak penyakit melainkan disertai dengan ubat” Apakah menurut tuan masih ada ubat yang boleh menyembuhkan aku, atau mungkin penjelasan yang cukup?
Jawabku: Saya ini orang fakir yang kelaparan lagi tidak punya apa-apa. Dalam apotikku ada hanya sejadah usang, air dan tanah... Akan tetapi saya ingin menanya kamu juga, barangkali pertanyaanku dapat membuatmu membuka akal untuk memperoleh kesembuhan dengan izin Allah... maka beritahulah aku:

Apakah engkau pernah masukkan busur cahaya walaupun sekali dalam hidupmu? Apakah dapat engkau saksikan telaga kedamaian yang terpancar dalam kerajaan besar Allah? Apakah pernah engkau rasakan gelas berupa untaian kedamaian yang dimulai dalam pertemuan terhormat? Apakah engkau bertasbih melihat gelombang cahaya yang menyala-nyala; lalu engkau lihat bagaimana tangan-tangan terbentang menadah harap kepada Allah. Berputar merata secara lembut bersama hujan keampunan, seketika ia adalah sayap yang dikirim di cakerawala kesenangan dan keindahan serta baldu kepuasan?

Di sini wahai lelaki, di bawah jerami solat, engkau mampu terbebas dari penyakitmu. Melalui pintunya yang hijau engkau mampu keluar dari gua dirimu menuju dunia yang penuh kebajikan dan keindahan berserta cakerawalanya yang luas... Jauh dari tepian yang berbau busuk dan gua tanah yang gelap.

Bukalah mihrab solat; ertinya selami hingga ke tingkatan cahaya di bawah hukum perdamaian, melalui senaman para Nabi dan orang-orang benar... Hingga engkau penuhi jiwamu dengan keindahannya pada seluruh badan. Maka engkau nyalakan di antara sayap-sayap pelita yang hijau serta hati yang dipenuhi ketenangan dan kegembiraan, berupa taburan cahaya, berjalan denganmu menuju peringkat perlindungan yang paling tinggi di sisi Si Raja Yang Maha Perkasa.

Friday, October 15, 2010

Cahaya solat

Petikan dari buku "Cahaya Solat" yang ditulis
oleh Ahmad Anshari Faridi ini berbicara tentang
Solat, disampaikan dengan caranya yang tersendiri,
dan mungkin juga dari sudut pandang dan penghayatan
yang tersendiri. Moga bermanfaat.....

Dedikasi:

Kepada mereka yang berjaga semalam suntuk... berjuang.
Menyalakan pintalan doa-doa yang dilantunkan.
Dari rasa rindu membara dan duka yang mendalam.
Kepada mereka yang kebingungan lagi tersesat
di tengah kebakaran dan asap.
Aku persembahkan cahaya ini ...

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.(Al-Fatihah: 2-7).

Finally i`m getting started

Bismillah

Huhu, ni first time aku tulis blog in my life....

Actually niat untuk buat blog ni dah lama tapi x diberi kesempatan da sebab selalu ada hal ja. Tapi bila dah eksiden terpaksa habiskan masa depan laptop la

And antara sebab nak tulis blog ni
 *nak share dengan kawan-kawan or sesiapa sahaja the thing yang saya pelajari dari apa yang berlaku di sekeliling ni
*also want to share many good thing in the internet that i found tapi susah nak convey kepada kawan suma sebab panjang etc.. jadi copy paste suda

ok that`s all for my first writing.To all my friend any feedback is highly appreciated